About Us

ZR Collections telah ditubuhkan secara rasminya pada September 2008. Pengalaman berniaga kami sebenarnya bermula sejak awal perkahwinan. Pada mulanya kami hanya berniaga secara kecil2an dan sambil2an. Bermula dengan membeli selimut cantum untuk kegunaan sendiri yang kemudiannya menarik minat saudara mara dan kawan2 untuk membeli dari kami. Atas dasar permintaan yang banyak ini, kami mencuba pula berniaga di ‘Car Booth Sale’ yang pada mulanya mendapat tapak di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. Berbekalkan payung dan meja kecil, kami membuka booth kereta di tapak yang disediakan (sebesar satu parking lot kereta).

Alhamdulillah, dari situ kami belajar dan menimba pengalaman, pelbagai rintangan dan dugaan kami tempuhi.. (adat berniaga).. juga pelbagai bentuk perniagaan kami ceburi termasuk MLM…

Sebenarnya kami masih berkerja dan pada masa yang sama berniaga.. kami berniaga di pasar pagi dan kadang2 membawa barang2 jualan ke pejabat.


Perniagaan yang pada mulanya hanya menjual selimut cantum & comforter kanak2, kini telah berkembang kepada menjual baju kurung, jubah, kurung moden, tudung, blouse, skirt, seluar, beg tangan dan aksessori wanita.

Harapan kami agar perniagaan ini akan terus maju dan dapat membantu anda bergaya pada harga yang berpatutan.